"Cara bercinta yang paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya"
(Beranikan diri, tabahkan hati dan bersedia menghadapi apa jua takdir yang bakal diterima. Kerana sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya)
KuRmA
Monday, October 4, 2010
Saturday, October 2, 2010
10 PETANDA DIA JODOH KITA.......
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat.

Thursday, September 2, 2010
UNTUK SI PEMAKAI CINCIN
>> Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
>>
>> sunnah nabi jarang nak ikut ..
>>
>> Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
>> dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
>> khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
>> yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
>> kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
>>
>> The Truth
>>
>> Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
>> hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
>> berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
>> membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
>> menggunakan tangan untuk beristinjak.
>>
>> Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
>> bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan
>> kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
>> seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
>> dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
>> ke dalam kepala.
>>
>> Percayalah.
>>
>> Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
>> mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
>> lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
>>
>> Additional info
>>
>> Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
>> najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
>> walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
>> berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
>> tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
>>
>> Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah
>> bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
>> Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
>> cincin pakailah di jari
>>
>> 1] jari manis
>> 2] jari kelingking (anak jari)
>>
>> dan jangan memakai pada jari
>> 1] jari tengah
>> 2] jari telunjuk
>>
>> Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
>> telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
>> dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
>>
>> Perhatian
>>
>> Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
>>
>> p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-
>> mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam
>> syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah
>> Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat
>> mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Tuesday, August 31, 2010
Yang terkadang tidak kita ketahui dari KaSIh SYG SEOrG AYAh
Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?
Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?
Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?
Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka...."
Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya. Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.
Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..
Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga
Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu? elah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...
Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?
Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"
Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah. Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan... Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.
Dan akhirnya....
Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"
Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..
CopY & Edit By ~ UCHOPE

Wednesday, August 25, 2010
Produk daging McDonalds dijamin halal
Rentetan dari post berkaitan McD........
PETALING JAYA: McDonald’s Malaysia adalah syarikat makanan segera pertama di negara ini yang mendapat pengiktirafan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengurus Komunikasi Korporat, McDonald’s Malaysia, Fartini Zaharuddin, berkata pihaknya sentiasa mematuhi segala piawaian dan akta makanan yang ditetapkan kerajaan dan Jakim. Beliau berkata, pihaknya amat terkejut apabila timbul dakwaan menerusi rantaian facebook dan e-mel bahawa daging yang disediakan McDonald’s haram.
“Ia adalah tidak benar sama sekali.
“Jika diteliti isi kandungan surat dalam rantaian facebook dan e-mel itu, Jakim memaklumkan kepada pembekal kami, MacFood Services pengiktirafan halal yang diberikan kepada Badan Pensijilan Pusat Islam Uruguay ditarik balik berkuatkuasa 15 April, 2010.
“MacFood Services mematuhi arahan itu dan membeli bekalan daging dari Australia sebaik sahaja ia berkuatkuasa,” katanya.
Mengenai sama ada daging yang diimport dari Uruguay sebelum 15 April lalu halal atau tidak, katanya, semua daging berkenaan mendapat pengiktirafan halal Jakim setelah pemeriksaan dibuat bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Bahagian Hab Halal Jakim memberi jaminan semua daging, kentang goreng dan bahan lain yang diimport McDonald’s dan pembekalnya diperiksa dan dipastikan halal.
“McDonald’s dan pembekalnya sentiasa memberi kerjasama dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan Jakim.
“Semua makanan dan minuman yang disediakan McDonald’s 100 peratus halal dan pengguna tidak perlu was-was menikmati makanan yang kami hidangkan,” katanya.
Jika ada mahu maklumat lanjut mengenai sijil halal McDonald’s, hubungi Fartini Zaharuddin atau Junaidah Mazlan di Jabatan Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia di talian 03-78433388 sambungan 3236 atau 3234.
sumber: harian metro, Rabu, 25 Ogos 2010

Tuesday, August 24, 2010
Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!!
Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku.
Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.
Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.
Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)
’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)
Bukti Pertama : http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN
-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.

Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini.
.png)
Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa..
Perbetulkan aku jika ada kesilapan..
Aku telah mnyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA..
mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..

Monday, August 23, 2010
Tips menambah kelajuan internet
Browsing Internet dengan kelajuan tinggi pasti sangat menyenangkan. Pelbagai cara dilakukan untuk menambah kelajuan internet baik menggunakan software ataupun membuat beberapa “setting” tertentu pada modem dan komputer.
Dalam post kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips yang sedikit sebanyak mungkin dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kelembapan internet seterusnya meningkatkan kualiti kelajuan sambungan internet anda :

1. Mengubah setting bandwith pada windows (untuk Windows XP sahaja)
Pada dasarnya sistem operasi windows (Windows Operating System seperti Windows XP) telah membataskan bandwidth pada sambungan internet anda sebanyak 20% daripada jumlah bandwidth maksimum. Jika anda ingin menambah bandwidth internet supaya kelajuannya menjadi lebih cepat dan pantas, anda boleh mengurangkan peratusan penggunaan bandwidth pada sistem operasi windows anda.
Cara-caranya seperti dibawah :
- Klik Start
- Klik Run
- Taip gpedit.msc
- Kemudian klik OK.
- Setelah masuk, dibawah “Computer Configuration”, klik pada “Administrative Templates”.
- Kemudian klik pada “Network”.
- Setelah terbuka, klik pula pada “QoS Packet scheduler”.
- Kemudian klik “Limit Reservable Bandwidth”.
- Dan setelah terbuka, ubah setting menjadi “Enable”.
- Kemudian ubah Bandwidth Limit menjadi “0″.
- Klik “Apply”, dan terus “OK”
- Kemudian keluar dan restart komputer anda
2. Menggunakan browser Google Chrome atau Apple Safari
Versi terbaru dari browser Chrome dan Safari sangat cepat jika dibandingkan dengan Firefox ataupun Internet Explorer. Saranan saya ialah jika kelajuan internet anda terlalu rendah, anda boleh menggunakan Google Chrome sebagai alternatif kerana selain cepat, Chrome lebih selamat dibanding dengan Safari, walau dalam beberapa perkara Safari kadangkala lebih cepat dari Chrome.
Jika anda sudah terbiasa menggunakan Firefox dan tidak mahu beralih ke browser lain, anda boleh menambah Add-on “Adblock” untuk mem-block iklan, gambar dan flash yang aktif. Terdapat beberapa Add-on lagi dari Firefox seperti NoScript yang boleh menambah kelajuan internet anda, namun begitu terlalu banyak menggunakan Add-on boleh juga melambatkan akses internet dari browser Firefox itu sendiri.
3. Membesarkan cache browser hingga 5% atau 1-2 GB dari kapasiti harddisk anda.
Cara ini terbukti efektif untuk mempercepatkan akses browser. Browser tidak perlu melakukan loading pada gambar setiap kali berkunjung ke laman web yang pernah dikunjungi sebelum ini, kerana jika laman web sudah pernah dikunjungi akan secara automatik di-cache oleh browser.
Cara membesarkan cache browser hingga 5% atau 1-2 GB dari kapasiti harddisk hanya berlaku jika kapasiti harddisk anda cukup besar. Pada umumnya ada sesetengah browser yang boleh diset kapasiti cachenya, ada yang telah dikonfigurasi secara automatik. Jika browser anda tidak mempunyai pilihan set cache, ertinya anda jangan sering (atau tidak perlu) clear history di browser.
Selamat mencuba

Subscribe to:
Posts (Atom)